Saturday, March 5, 2011

Rossa - Hey Ladies (High Definition)

apa la yg nak jadi lagi....

mm..aku pun xtau nak mula dari mana...mula2 kami dapt berita gembira..alhmdllh.akhirnya...lepas tu bermula lah segalanya..maklumlah kali pertama..mcm2 ragamnya...tambah2 aku ni bak kata ibu..manja..kononnya..walaupun aku xpnh rasa cmtu...nth la....hihi

lps tu bermula lah episod keMANJAAN aku tu..bak kata org..ni la masa plg seronok..apa nak..semua mintak pun blh dpt..hihihi...alhmdllh aku xder la ngidam benda yg bukan2...tp yg pasti selera makan aku mmg tumpul abis...walhal aku ni sblmnya mmg seorg pemakan yg sangat baik..hahahah

nk dijadikan cerita aku mmg xblh nk drve kereta lgsg sjk hari tu..hancus semuanya....aku redha...cuma yg sdhnya...dlm pada aku duk melepet kat umah...xlrt nk wat papa..evn nk drve pun..terdengar la kata2 sinis mertua aku...lembik la...mcm2 la..smua yg blh nyakitkan ati aku...tp aku diamkan..

tp bl anak dia nk kawin...abg ipar aku la kiranya...pandailah dia cr SI LEMBIK ni utk mntk tolong wat hantaran...tunggu punya tunggu...brg2 tu yg aku mnt hntar bln 12 akhirnya dpt bln JAN...masa yg sngt kritikal utk aku..mmg xlarat lgsg..mengenangkan kndri bln 3..aku pun redha la..mengahrapkan yg aku akan ok ms bl dah dekat2 majlis tu...alhmdllh sglanya smakin baik...

yg tunang abg ipar aku ni smua deal ngn aku..smpi aku nk tukar blk smua hiasan yg dia bg kat aku pun dia kata ok..mmg la kn kata ok..dah dia bli warna hitam..korang pnh tgk ke hantaran warna hitam..dah lah tu smua hitam..bunga pun hitam..memang dah mcm org berkabung...errgghhh

dlm pada xsihat..akua ngn seorg member yg baik ati ni g la MITC n carihiasan lain sbg tambahan...ahrnya ktorg dcded nk pilih hijau..satu warna yg ktorg xpnh terpikir..hahha....papa pun warna tu quite cun la jg...better thn hitam...smua pun siap...

bila dah siap aku bgtau la smula kat dia...dia pun ngn nada nk mntk tolong mntk la aku ni tlg blikan kek,buah ngn coklat..nnt sng nk kira skali kata dia..aku yg baik budi ni pun ikhlas la nk tolong akhirnya bersetuju...

yg menyedihkan tetiba selang sehari kalau aku xslh...mak mertua ng adik ipar aku cll nk tengking2 n marah2 aku..korang rasa patut ke???dah la ku tolong urus semua hantaran...aku plk yg nk dimarah utk hal2 yg xder kene mengena ngn aku...walhal bdk tu yg mntk tolong ni tetiba kata aku plk...siap blh ckp..DAH..$%$^& XPAYAH NK SIBUK2...AWAK TU KAN XSIHAT..korang agak2 la apa yg aku rasa????

dr pada aku ikhlas...lgsg hilang..oleh sbb kndri kawin tu serentak ngn sepupu aku kawin..aku trs dcded nk blk PHG n tgk spupu aku kawin..better la kan..drpd aku g tgk anak dia akwin..ye la...kita ni nnt sibuk2 plk..baik la aku xyah NK SIBUK@ hal anak dia nk kawin..baik aku wat2 sibuk ngn spupu aku kawin...

bkn aku xsian ngn laki kau..tp tu la...bkn skaLI Ni dia wat aku...dulu masa dkt2 nk raya pun aku gak yg kn maki hamun...nth la...saBAr je la kan...hrp2 aku blh thn sbr...arrrrrrrrrrrrrgggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhh....AKU TENSION

Tuesday, November 30, 2010

~ Kebenaran akhirnya terserlah...~


mmmm...akhirnya apa yg tersembunyi keluar dngan izin Allah....walaupun hati ini pernah hancur..akhirnya terubat apabila kebenaran keluar akhirnya....lega....

tu la...jgn mudah buruk sangka...jgn ingt tanpa bantuan kita org lain xmampu lakukan sesuatu perkara dengan jaya da cemerlangnya..sbb kalau kita sorg je tak nak tolong tapi Allah membuka jalan lain...dan ada lbh ramai lagi di luar sana yg sudi membantu...syukur terhadapmu ya Allah

nahhh..skrg..kan dah tak pasal2 kn jilat ludah sendiri...tak rasa apa-apa ke?tak rasa malu ke??knp bila dah ssh cmni...tau plak nk cari org yg pnh kau caci..kau hina..kau fitnah...walaupun tnpa sebarang ucapan MAAF...aku biarkan..aku nk lihat..sejauh mana kau mampu berdiri..dan sehebat mana org2 yg kononnya hebat tu boleh pergi...dunia AAlah ni bukannya BESAR...pusing2 kat situ juga

kita kn ingt...HIDUP IBARAT RODA...SEKALI KITA DI ATAS..SEKAlI KITA DIBAWAH..KITA TAK SELAMANYA AKAN BERADA DI ATAS...itu lah kenyataan HIDUP.....

Thursday, July 22, 2010

aku pasrah....


setelAh hampir dua minggu aku menjeruk hati...memendam rasa...akhirnya hari ini kekuatan itu muncul jua..walaupun masih jelas terasa kesakitan yang ku alami....namun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana walaupun hanya seketika...aku tetap dapat merasai nikmat itu...semoga kami akan dikurniakan nikmat itu lagi selepas ini..benar lah kata orang..seandainya kita peroleh sesuatu selepas kita merasai keperitan kehilangannya..maka kita akan lebih menghargainya..walaupun pedih..walaupun terluka...namun kehidupan harus diteruskan...biarlah hanya aku yAng mengerti dan merasai kepedihan itu...

buatmu bonda dan ayahanda, terima kasih di atas kata-kata semangat yang kalian hulurkan...segala penat lelah kalian menjaga aku sedari kecil sehingga kini walaupun telah bergelar isteri akan ku kenang hingga ke akhir hayat...hanya Allah yang mengetahui betapa dalamnya kasih sayangku terhadap kalian...

buat suami tersayang,walaupun baru sebulan kita bersatu..aku bersyukur kehadrat Allah kerana mengurniakan aku seorang insan yang begitu memahami dan menyayangi diri ini..sanggup menerima segala kekurangan yang ada pada diri ini...sentiasa mamberiku dorongan dan perangsang kita aku begitu lemah..ketika aku jatuh tersungkur...

buat sahabatku..kaulah tempat aku mencurahkan segalanya...jasa dan pengorbananmu, teman aku ku kenang sehingga ke akhirnya..kaulah sahabat..kaulah teman....

Sunday, March 7, 2010

39 PESANAN RASULULLAH S.A.W BUAT WANITA

Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya, “Kebanyakkan
wanita itu adalah isi neraka dan kayu api”.
Saidatina Aisyah bertanya, mengapa wahai Rasullullah?
Jawab Rasulullah SAW:

1. Kerana kebanyakkan perempuan itu tidak sabar dlm
menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti
kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan
melayan suami dan melakukan kerja rumah.

2. Tiada memuji ataupun berterima kasih (bersyukur) di
atas kemurahan Allah yg didatangkan melalui suaminya
(jarang org perempuan yg mahu mengucapkan terima kasih
di atas pemberian suaminya)
3. Sering mengkufur (engkar) terhadap nikmat Allah,
contohnya apabila berlaku suatu pertengkaran ada
isteri yg berkata “Sudah 10 thn berkahwin dgn awak tak
ada apa-apa pun”.
4. Gemar bercakap perkara yg sia-sia yg berdosa,
contohnya memperkecil-kecilkan suami dan mengumpat.
Tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali ia
menghulurkan tangannya kpd suami (meminta ampun dan
maaf)
5. Hadis Nabi SAW “Dunia ini adalah perhiasan, dan
sebaik-baik perhiasan itu ialah wanita ataupun isteri
yg solehah”

InsyaAllah akan bersambung,
semoga dpt amal dan sampaikan. Sambungan:

6. Sabda Rasulullah SAW “mana-mana perempuan yg
memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum
lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka
dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yg
memandangnya itu adalah zina.
7. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak
keluar rumah kecuali atas urusan yg mustahak. Wanita
yg keluar rumah akan dipersonakan oleh iblis. Sabda
Nabi SAW ” perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar
mendongaklah syaitan memandang akan dia”
8. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki
haram melihat wanita ( yg halal nikah kecuali dlm
urusan menuntut ilmu dan berjual beli ). Diriwayatkan
bhw satu hari, ketika Rasullullah SAW bersama
isterinya, (Ummu Salamah dan Maimunah) datang
sahabatnya yg buta (Ibnu Maktum). Rasulullah SAW
menyuruh isteri-isterinya masuk ke dlm. Bertanya Ummu
Salamah “Bukankah org itu tidak dpt melihat kami Ya
Rasullullah?” Rasullullah SAW menjawab, “Bukankah kamu
dpt melihat?”

InsyaAllah akan bersambung,
Semoga dpt amal dan sampaikan

Sambungan:

9. Rasulullah SAW bersabda “Perempuan yg melabuhkan
pakain dlm keadaan berhias (bukan utk suami dan
mahramnya) adalah seumpana gelap gelita pd hari
kiamat, tiada Nur baginya.”
10.Sabda Rasulullah SAW “Dikahwini wanita kerana empat
perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana
kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka carilah yg
kuat beragama, nescaya kamu bertuah.”
11.Hadis nabi SAW “Salah satu tanda keberkatan wanita
itu ialah perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan
ringan pula maharnya”.
12.Sabda nabi SAW “Wanita yg taat akan suaminya, semua
burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di
langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar
baginya selama ia masih taat pada suaminya dan
diredhaiNya.”
13.Sabda nabi SAW:” wanita yg taat berkhidmat pada
suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan akan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yg disukainya, tanpa hisab”

InsyaAllah akan bersambung, semoga dpt amal dan
sampaikan.
Sambungan pesanan Rasulullah SAW utk wanita

14. Hadis Nabi, “Mana wanita yg bermasam muka
menyebabkan tersinggung suami, maka wanita itu
dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum
mesra pada suaminya”.
15. Sabda Nabi SAW, “Tidak boleh seorang isteri
mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah
serta dgn tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan
seorang lelaki ke rumahnya dgn tidak seizin suaminya.
16.Nabi SAW bersabda “Tidakkan putus ganjaran dari
Allah kpd seorg isteri yg siang dan malamnya
menggembirakan suaminya”.
17.Dari Muaz, Sabda Nabi SAW “Mana-mana wanita yg
berdiri atas dua kakinya membakar roti utk suaminya
hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api maka
diharamkan muka dan tangannya dari kebakaran api
neraka”.
18.Dan mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga
pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat
duduknya atau menyediakan makan-minumnya atau merenung
ia pada suaminya, atau memegang tangannya,
memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya
atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana
mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan
tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap kalimah
ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya
pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorg hamba.
Pada hari kiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga
tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan
keramat itu. Tidak seorang pun yg sampai ke martabat
itu kecuali Nabi-nabi.
Thabit Al-Bananiy berkata “seorang wanita dari Bani
Israel yg buta sebelah matanya sgt baik khidmatnya kpd
suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan
suaminya, dipegangnya pelita hingga suaminya selesai.
Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu maka
diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada
esoknya, matanya yg buta telah celik. Allah kurniakan
keramat (kemuliaan) pada perempuan itu kerana
kemuliaan dan penghormatannya pada suaminya.
19.Dari Ibnu Mas’ud, katanya nabi SAW bersabda:
“Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dlm urusan
agama maka Allah akan memasukkannya ke dlm syurga
lebih dahulu dari suaminya (500 thn) kerana dia
memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan
bau-bauan syurga utk turun ke mahligai suaminya dan
menghadap Allah swt.
20.Nabi Saw bersabda: ” Mana-mana wanita yg berkata
kpd suaminya ‘Tidak pernah aku dapat dari engkau satu
kebajikan pun ‘, maka Allah akan hapuskan amalannya
selama 70 tahun walaupun ia berpuasa siang hari dan
beribadah pada malam hari.

InsyaAllah akan bersambung, semoga dpt amal dan
sampaikan.

21.Sabda Nabi SAW “Sebaik-baik wanita (isteri) yg
apabila engkau memandang kepadanya, ia menggirangkan
engkau, jika engkau memerintah diturutnya perintah
engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta
engkau dan dirinya”.

22. Sabda Nabi SAW “Perempuan tidak berhak keluar dari
rumahnya melainkan jika dia terpaksa (krn sesuatu
urusan yg mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui
jalan lalu-lalang melainkan ditepinya”.

23. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat
tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan
tidurlah wanita itu dlm laknat malaikat hingga ke
pagi.

24. Sabda Nabi SAW ” Wanita yg mempergunakan lidahnya
utk menyakiti hati suaminya ia akan mendapat laknat
dan kemurkaan Allah, laknat malaikat dan laknat
manusia sekalian “.

25. Ibnu Umar ra berkata, Sabda Nabi SAW ” Wanita yg
tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal
bersama-sama aku dlm syurga.”

26. Dlm Kitab Muhimah “Hendaklah isteri mendahului
suaminya atas hak dirinya dari seluruh kaum
kerabatnya”.

27. Rasulullah SAW bersabda “syurga itu di bawah
telapak kaki ibu”.

InsyaAllah akan bersambung, semoga dpt amal dan
sampaikan.

Sambungan:

28. Sabda Nabi SAW “Apabila seseorang itu
mengandungkan janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah
akan malaikat untuknya. Allah mencatitkan baginya
setiap hari seribu kebaikan dan menghapus baginya
seribu kejahatan “.

29. Sabda Nabi SAW ” Apabila seorg wanita sakit utk
bersalin maka Allah mencatat baginya pahala org yg
berjihad pada jalan Allah ”

30. Sabda Nabi SAW ” Ya Fatimah! Mana-mana wanita
meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong
misai dan mengerat kuku suaminya, Allah akan berikan
dia minum dari sungai-sungai dlm syurga serta
diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan
didapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada
taman-taman syurga dan dicatatkan baginya kelepasan
dari api neraka dan selamat ia melintas titian sirat
“.

31. Dari Ali bin Abi Talib, Aku dengar Rasululullah
SAW bersabda, Tiga golongan umatku akan mengisi neraka
Jahanam selama 7 kali umur dunia mereka iaitu:
a. Orang yg gemuk tetapi kurus
b. Orang yg berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yg alim tetapi jahil

Adapun yg gemuk ttp kurus itu ialah wanita yg gemuk
(sihat) tubuh badannya tetapi kurang amal ibadatnya.
Adapun org yg berpakaian ttp telanjang itu ialah
wanita yg cukup pakaiannya ttp tidak taat agama.
Dan adapun orang yg alim ttp jahil itu ialah ulama
yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan
peribadi.

32. Sabda Nabi SAW ” Telah aku saksikan kebanyakkan
ahli neraka adalah wanita” Ditanya, “Mengapakah
demikian Ya Rasululullah?”

Dijawab baginda SAW ” Wanita mengkufurkan suaminya dan
mengkufurkan ehsannya. Jikalau engkau berbuat baik
kpdnya seberapa banyak pun dia masih belum rasa
berpuas hati dan cukup “.

InsyaAllah bersambung, semoga dpt amal dan sampaikan.

Sambungan (bhgn akhir)

33.Sabda Nabi SAW ” Kebanyakkan ahli neraka adalah
terdiri dari kaum wanita” maka menangislah mereka dan
bertanya salah seorg dpd mereka “mengapa terjadi
demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh
anak atau kafir?” Jawab nabi, “Tidak, mereka ini ialah
mereka yg tidak bersyukur akan nikmat suaminya,
sesungguhnya tiap-tiap seorg kamu adalah nikmat
suaminya”.

34. Sabda Nabi SAW ” Keadaan wanita sepuluh kali ganda
seorg lelaki didlm neraka dan dua kali ganda seorg
lelaki di dlm syurga”

35. Sabda Nabi SAW “Wahai Fatimah, utk setiap wanita
yg mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan
membina tujuh parit di antara dirinya dgn api neraka,
di antara parit-parit itu ialah sejauh langit dan
bumi”.

36. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal
benang-benang Allah akan mencatatkan utknya perbuatan
baik sebanyak utas benang yg dibuat dan memadamkan
seratus perbuatan jahat”.

37. “Wahai Fatimah, utk setiap wanita yg menganyam
akan benang yg dibuatnya, Allah telah menentukan satu
tempat khas utknya di atas takhta di hari akhirat.”

38. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yg memintal
benang dan kemudian dibuat pakaian utk anak-anaknya
maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama
seperti org yg memberi makan kpd seribu org lapar dan
memberi pakaian kpd seribu org yg tidak berpakaian.

39. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yg meminyakkan
rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian
mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan
mencatatkan utknya pekerjaan baik sebanyak helai
rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula
pekerjaan yg jahat dan menjadikan dirinya kelihatan
berseri di mata org-org yg memerhati.

InsyaAllah, semoga dpt amal dan sampaikan. Semoga kita
termasuk dlm golongan ahli syurga Amin.

Monday, January 11, 2010

Sahabat


Sahabat....

Sabda Rasulullah s.a.w, " Rakan yang baik adalah seperti penjual minyak kasturi. Dia mungkin memberikan sedikit minyak itu kepadamu ataupun kamu boleh terus terus membeli minyak itu daripadanya. Paling kurang dapat mencium bau minyak wangi......" Riwayat Bukhari-Muslim